Nikmatnya Ramadhan...

Alhamdulillah setinggi syukur ke hadrat Illahi yang mengizinkan kita menikmati Ramadhan hari ke 7 hari ni. Ramadhan diibaratkan seperti hidangan yang sangat lazat, dihias dengan segala keindahan, kelazatan dan kesedapannya. Siapakah yang tidak terliur untuk menjamah hidangan selazat itu? Begitulah juga dengan Ramadhan yang Allah janjikan dengan segala macam kenikmatan ganjaran pahala, di dalamnya ada malam Lailatul Qadr, amalan sunat pahala seperti amalan wajib, pahala digandakan dan sebagainya. Hanya orang yang sakit imannya sahaja yang tidak terliur dengan kenikmatan Ramadhan.

Syukur sangat kerana Ramadhan kali ini saya berpeluang membawa kesemua anak 7 orang (kakak Syaima' di asrama) ini berterawikh di surau. Imran pun sangat bekerjasama tak mengganggu jemaah berterawikh. Terima kasih kepada kakak Syakirah dan Syifa' yang bantu tengokkan adik.
Imran menyelit bawah meja, abang berdua menyorok belakang tiang

Syukur sangat kerana Ramadhan kali ini saya tak rasa letih lesu walaupun masih menyusukan anak. Mungkin berkat amalkan minum ESP dan Performance Drink ni rasa bertenaga hingga ke petang.
Susu pun tak merudum lagi setakat ni, saya memang amalkan makan vitamin untuk penyusuan.
Rasa sungguh bertuah dan bersyukur kerana diperkenalkan dengan vitamin Shaklee, saya tak pilih vitamin jenama lain kerana saya yakin pilihan saya ini vitamin semulajadi tanpa kesan sampingan dan berkesan.

Syukur sangat Ya Allah kerana Ramadhan ini sehingga hari ini saya dapat berterawikh tanpa rasa mengantuk, pertama kali dalam hidup saya sebenarnya dapat buat terawikh 20 rakaat. kalau sebelum ini hanya mampu buat 8 rakaat sahaja, itu pun kadang saya selang selikan dengan minum air, rehat sekejap kadang lelap mata sekejap hihi...Tapi kali ini memang rasa berbeza.

Tak sesia rupanya saya bersahur dengan ESP tadi!

Comments