Bawal emas masak stim Hongkong

Inspirasi dari Adam Lai, tercetus ilham untuk mencuba resepi baru ikan bawal emas.  Kalau makan di restoran Adam Lai boleh minta hidangan ikan bawal emas stim hongkong. Fuhh .. memang sedap, teringat-ingat kesedapannya!

Waktu jamuan tempohari kami makan set yang menghidangkan menu ni:
  •  shark's fin soup
  • bawal emas steam hongkong
  • adam lai chicken
  • two combination of prawn
  • loo up duck (sorry dalam menu tulis 'loo' although i think it is 'look')
  • pacific clams slice abalone thai style
  • two combination kailan
  • rice
  • and 2 jugs of juice drinks
 Oleh kerana masih terasa-rasa kesedapan menu ikan bawal emas, hari ini saya mencuba sendiri masak ikan bawal emas kukus bersama sos istimewa.

Tiada resepi secara spesifik, jadi saya agak-agak sahaja macamana nak membuatnya.
Kukus ikan bersama hirisan bawang putih, halia muda.  Kata kak Azzah, lebih sedap lagi hiris bersama daun limau purut dan serai. Ok, lain kali boleh cuba letak limau purut dan serai.  Kukus ikan dalam 20 minit agak-agak ikan masak.

sebelum dikukus
Sementara itu, saya sediakan sosnya. Mudah saja resepi tangkap-muat saya ni hihi... Cuma kisar 3 biji cili merah bersama 1 ulas bawang putih. Kemudian masakkan cili tadi dalam periuk, tambah sos cili jenama Life (suka sos ni), 1 sudu besar cuka makan dan 1 sudu besar gula pasir. Kacau biar didih dan kuah sos jadi pekat, tutup api dan angkat sos tadi.



selepas


Sedap dimakan bersama nasi panas. Bila nak makan, ambil ikan tadi dan siramkan sos yang telah kita sediakan tadi ke atas ikan.  Memang sedaplah dan senang disediakan!

Comments