Tuesday, June 26, 2012

  Sarapan dengan 'puteri 2 sebilik'

Sedap sungguh sarapan dengan 'puteri 2 sebilik'  a.k.a tepung bungkus ni Imran suka sangat, dia boleh makan 2 biji sekali hadap!
mula-mula sebatikan adunan, kacau rata ye puan-puan

nyum!

kiri dan kanan

saya nak lagi boleh tak? burp..dah sendawa!
Resepi mudah saja, ini resepi olahan sendiri tau!
Bahan:
1 c tepung beras
3 c santan + air (saya guna santan kotak 1 c dan air 2c)
secubit garam
1sb tepung gandum
Inti kelapa secukupnya, bulatkan saiz guli
Daun pisang secukupnya

sedia untuk dikukus
Cara membuatnya:
1. Sebatikan semua adunan (kecuali inti dan daun pisang laa..)
2. Masakkan adunan tadi dalam kuali atas api kecil.
3. Kacau adunan sehingga ia menjadi kental
4. Angkat adunan tadi, tutup api.
5. Sudukan adunan ke atas daun pisang, letakkan 2 biji inti dan balutkan daun pisang.
6. Kukus dengan menggunakan pengukus yang telah dipanaskan. Kukus selama 15-20 minit.


Memang mengenyangkan dan cepat disedia.  Kegemaran saya dan Imran juga!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com