Milestone ke-3 telah ditempuhi...alhamdulillah!

Imran sekarang sudah masuk usia 1 tahun 6 bulan, bermakna kami telah menempuhi milestone ke-3 iaitu cabaran 18 bulan penyusuan badan sepenuhnya (fully breastfeeding).  Dalam perkataan lain, Imran dah berjaya dapat Master dalam breastfeeding!

Alhamdulillah syukur ya Allah atas kurniaanMu.

Sejak baik dari demam tempohari (demam tumbuh 3 batang geraham serentak), Imran sangat berselera makan. Dia boleh habiskan semangkuk sup makaroni, kemudian sambung makan nasi dengan kakak Syaima' pula.

Antara menu kegemaran Imran untuk sarapan ialah sup cendawan cicah dengan roti bakar. Saya tak taburkan serbuk bawang putih yang agak masin untuk Imran, abang-abang saja yang makan sup bersama garlic bread.  Untuk Imran roti kosong ni pun sedap.  Dia dapat habiskan sekeping roti bersama 1/2 mangkuk sup cendawan!
sehingga menjilat mangkuk!

nak lagi...

Comments