Makan-makan sebelum ke 'medan perang'



orang kuat majlis makan-makan



Lazimnya setiap hujung semester saya akan buat majlis makan-makan minum petang bersama pelajar terutama yang berada di semester akhir. Majlis kali ini bagi meraikan kumpulan pelajar cs2234a dan 4b bagi subjek csc645.

Selamat menduduki peperiksaan akhir buat semua pelajar yang dikasihi, semoga berjay dan tenang menghadapi ujian ini.  Ingatlah bahawa ujian peperiksaan ini hanyalah sebahagian kecil ujian dari dugaan hidup,banyak lagi ujian besar yang bakal kalian lalui dalam kehidupan.  Berusaha sehabis upaya,lakukan yang terbaik dan seterusnya serahkan segalanya kepada Allah.

Kejayaan yang paling beerti adalah bila kita dapat membahagiakan ibu ayah bukan sahaja dengan kejayaan akademik tetapi dengan akidah yang sahih,akhlak mulia dan ibadat sempurna.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments