Friday, June 29, 2012

  6, 12, sekarang 18

Sekejap saja masa berlalu, pejam celik pejam celik dah masuk bulan baru. Pejam celik lagi dah masuk tahun baru.  Ya Allah akhir zaman ni masa jadi semakin tak ada nilai, 24 jam terasa begitu pantas.

Imran waktu berusia 6 bulan
 Masa ni rambut dia ala-ala kerinting, dagu berlapis-lapis, pipi umphh! Menyusu badan sepenuhnya, kurang masalah kesihatan, alhamdulillah.


 12 bulan mula cerewet makan, tak boleh silap makan nanti keluar jerawat.  Memang kena perhatikan selalu bahan makanannya, tak boleh ada telur, ayam, ikan bilis, seafood segala. Dia satu-satunya anak yang bawa homemade food ke taska. Rambut masih kerinting!


Hai..! gigi saya sekarang dah 12 batang tau!
Sekarang sudah 18 bulan, masih fully breastfeeding alhamdulillah. Banyak juga jerawat anak bujang saya nih sebab kadang dia 'curi-curi' rampas biskut/jajan yang kakak bawa dari taska. Ohh rambut sudah fesyen baru, takde kerinting lagi tau!
Tempat duduk special dalam kereta, kat tempat gear box!

Ehh..makin lama makin kurus Imran ni? Hihi.. saya sedang berdiet (kata Imran)!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




2 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com