Tuesday, May 8, 2012

  Tauhu sumbat hidangan teringkas

Sesuai untuk hidangan minum petang. Hidangan yang paling ringkas dan mudah disedia tapi mengenyangkan.

Resepi mudah aje, dah selalu buat jadi malas pulak nak taip resepi kat sini hihi... Untuk rujukan kakak Syaima', cuti sekolah nanti boleh buat lagi.

Boleh rujuk sini juga.
Bahan-bahan:
5 ketul tauhu
Timun (dihiris memanjang anggaran 11/2 inci
Tauge secukupnya
6 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
2 sb cuka makan
1 c sos cili
gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Goreng tauhu dengan api sederhana.
2. Toskan dan biarkan seketika.
3. Belah tauhu menjadi 2 bahagian segitiga (potong pada penjuru) dan masukkan timun serta tauge.

Sos
1. Potong cili dan bawang putih. Masukkan ke dalam pengisar dan dikisar hancur( masukkan sedikit air ye).
2. Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk kecil dan renih atas api yang kecil.
3. Masukkan cuka makan, gula dan garam serta sos cili. Kacau rata sehingga sos agak pekat.
4. Tutup api, sos sedia untuk dinikmati bersama tauhu.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com