Tuesday, May 22, 2012

  Doa : Mengapa belum dimakbulkan

Tertarik dengan isu dalam Gen-Q bulan ini, tentang doa; bagaimana cara berdoa, adab berdoa, dan sebagainya. persoalan yang sering berlegar di benak kita, mengapa doa kita belum dimakbulkan? rasanya dah berpuluh (malah beratus kali) kita menadah tangan mohon doa kepada Allah, tapi masih jua belum dimakbulkanNya. Mengapa?

Hadith daripada Abu Hurairah bahawa Rasululullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Allah berfirman: Sesiapa yang mahu berdoa kepadaKu nescaya Aku menerima doanya.  Sesiapa yang mahu meminta kepadaKu nescaya Aku berikan kemahuannya.  Sesiapa yang mohon ampun kepadaKu nescaya Aku mengampunkannya"

Persoalan yang biasa timbul juga : bila doa dimakbulkan, adakah kesemua yang kita minta akan dimakbulkan?

Pengajaran daripada hadith tersebut, bahawa sesungguhnya Allah s.w.t menerima permohonan yang kita panjatkan dalam 3 cara:

1. Diperkenankan doa ketika di dunia dengan diberikan apa-apa sahaja hajatnya

2. Doa telah diperkenankan namun hajatnya itu disimpan dan akan diberikan di akhirat kelak

3. Doa telah diperkenankan namun bukan diberikan apa yang diminta tetapi dengan cara diselamatkan dirinya daripada bala bencana.

Kesimpulannya kita mesti bersangka baik dengan Allah, yakin bahawa Allah Maha mengetahui yang terbaik bila, bagaimana, berapa banyak akan dimakbulkan doa kita.
Bukankah kita sering mohon pada Allah agar kita diberikan hasanah di dunia dan hasanah di akhirat?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




3 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com