Doa : Mengapa belum dimakbulkan

Tertarik dengan isu dalam Gen-Q bulan ini, tentang doa; bagaimana cara berdoa, adab berdoa, dan sebagainya. persoalan yang sering berlegar di benak kita, mengapa doa kita belum dimakbulkan? rasanya dah berpuluh (malah beratus kali) kita menadah tangan mohon doa kepada Allah, tapi masih jua belum dimakbulkanNya. Mengapa?

Hadith daripada Abu Hurairah bahawa Rasululullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Allah berfirman: Sesiapa yang mahu berdoa kepadaKu nescaya Aku menerima doanya.  Sesiapa yang mahu meminta kepadaKu nescaya Aku berikan kemahuannya.  Sesiapa yang mohon ampun kepadaKu nescaya Aku mengampunkannya"

Persoalan yang biasa timbul juga : bila doa dimakbulkan, adakah kesemua yang kita minta akan dimakbulkan?

Pengajaran daripada hadith tersebut, bahawa sesungguhnya Allah s.w.t menerima permohonan yang kita panjatkan dalam 3 cara:

1. Diperkenankan doa ketika di dunia dengan diberikan apa-apa sahaja hajatnya

2. Doa telah diperkenankan namun hajatnya itu disimpan dan akan diberikan di akhirat kelak

3. Doa telah diperkenankan namun bukan diberikan apa yang diminta tetapi dengan cara diselamatkan dirinya daripada bala bencana.

Kesimpulannya kita mesti bersangka baik dengan Allah, yakin bahawa Allah Maha mengetahui yang terbaik bila, bagaimana, berapa banyak akan dimakbulkan doa kita.
Bukankah kita sering mohon pada Allah agar kita diberikan hasanah di dunia dan hasanah di akhirat?

Comments

Unknown said…
Assalam kak, n3 yang bagus..tq sharing.memang kita patut bersangka baik pada Allah kerana Allah lebih tahu apa yg terbaik buat diri kita..:)
Anonymous said…
Salam kak nor... Amani merupakan hasil dari doa saya yg tak putus2 semasa mengandung di mekah & madinah. Saya mohon dikurniakan anak yg membawa kebaikan dunia akhirat. Saya sgt tak sangka yg Allah akan makbulkan (sedemikian rupa) doa saya dgn cepat... Jadi, yakinlah bahawa Allah sentiasa mendengar. Bila difikirkan semula, sy sgt bersyukur....
Nor said…
subhanallah..benarlah firmanNya : kita merancang dan Allah juga merancang, sesungguhnya perancangan Allah itu yang terbaik. Allah maha mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya