Perlu ke ambil supplement?

kredit
Seorang rakan yang dah lama saya cadangkan Shaklee, menolak mentah2 dan mengatakan beliau tidak mahu makan supplement, beliau cuma mahu minum XXXXX saja.

Saya tiada masalah... Tubuh kita tanggungjawab kita. Cuma saya nak kongsi kesilapan konsep yang sering berlaku.

Suplemen atau makanan tambahan adalah makanan2 yang kita ambil untuk 'support' keperluan badan kita. (Hakikatnya kita tak dapat semua zat dari makanan terutama antioksidan. Dan tahap keperluan antioksidan meningkat dengan faktor luar seperti pencemaran dan sebagainya)

Sedarkah hakikat bahawa minuman XXX ini adalah sejenis suplemen?

Beberapa bulan yang lepas, di dada akhbar terpampang keburukan mengambil suplemen, iaitu dikatakan penyebab penyakit. Masalahnya, ini adalah kerana 'suplemen' yang diambil itu adalah yang:-

- tidak mematuhi peraturan badan kesihatan seperti FDA
- tidak mendapat kelulusan KKM
- tidak diketahui bahan2 di dalamnya
- claim yang terlampau



Jadi produk minuman kesihatan yang dimaksudkannya tu adalah sejenis suplemen.. Tahukah kalian bahawa untuk mengeluarkan suplemen, sesiapa pun boleh lakukannya?

(wahh..sangat menakutkan fakta ni, bayangkan kalau sesiapa sahaja boleh keluarkan supplement sendiri, bubuh label jenama sendiri, kemudian upah orang buat test lebih kurang, lepas tu upah pengguna tulis testimoni macam-macam..erkk?? Sanggup ke anda makan supplement begini?)

Jadi pastikan suplemen anda:
- natural & selamat
- diluluskan KKM
- diluluskan FDA dan seumpamanya

Comments