Samada anda setuju atau tidak; kebanyakan kita mengambil makanan bagi memenuhi nafsu makan atau menghilangkan lapar. Bukan makan untuk kesihatan, makan makanan seimbang, makan secara sihat sebaliknya makan apa sahaja asal rasa puas dan seronok makan. Itulah yang terjadi bila kita tak menilai khasiat pemakanan yang kita ambil, pakai sumbat aje asalkan sedap. Sebab itu juga kadang kala kita asyik makan makanan yang sedap di tekak, boleh jadi makanan yang sama berulang kali. Sepatutnya kita kena pelbagaikan menu, banyakkan pilihan makanan terutama yang tinggi serat, kurangkan lemak dan minyak. Bukannya asyik makan ayam sahaja, hinggakan menunya berlegar sekitar ayam goreng, ayam masak kicap, ayam masak merah, ayam halia, nasi ayam dan lagi-lagi KFC yang cukup kaya dengan kolesterol!
Bagaimana pula sikap kita sebagai ibu bapa, adakah kita menyajikan anak-anak kita dengan makanan sihat yang sesuai untuk usia mereka? Jom baca!
kredit
Menjadi ibu bapa di zaman moden ini sangat mencabar. Bukan saja dari segi lambakan media yang memberi kesan kepada sahsiah anak2, tapi juga dari segi kesihatan anak-anak. Sepertimana sabda Rasulullah SAW "Perut punca segala penyakit" jadi sebagai ibu bapa harus memastikan makanan anak-anak adalah yang halal, bersih dan berkhasiat agar kesihatan mereka terjaga.
Namun hakikatnya menyediakan makanan yang benar-benar baik dan berkhasiat adalah satu cabaran besar, kerana:
(1) Diet Yang Bertukar
Dulu-dulu orang menumbuk padi, mengirai gandum di rumah masing-masing. Hari ini semuanya dilakukan di kilang. Tahukah anda beras dan tepung yang putih dan cantik itu sebenarnya telah hilang nilai khasiatnya.
Begitu juga dengan susu dan minuman dari tumbuhan yang menjalani pelbagai proses yang menghilangkan zatnya. Walaupun zat2 tersebut ditambah semula ke dalam produk-produk ini namun sudah tentu tak sama dengan yang asli.
Suka atau tidak, hakikatnya kita sekarang banyak bergantung kepada kilang-kilang untuk mendapatkan makanan harian.
(2) Makanan Buatan Seawal Usia
Perkembangan industri telah membawa susu formula ke dalam diari kehidupan seorang ibu dan bapa. Bayangkan jika dari lahir lagi seorang bayi diberi 'makanan buatan'. Walaupun pengilang mendakwa produk mereka dilengkapi dengan pelbagai vitamin, mineral dan sebagainya, namun ia tetap makanan buatan yang mengandungi bahan-bahan tertentu untuk memastikan ketahanannya.
(3) Penggunaan Aditif
Terdapat lebih 3000 bahan-bahan aditif dalam makanan kita. Makanan-makanan yang dijual nampak cantik dan menarik, hakikatnya telah ditaruh dengan pelbagai bahan kimia.
(4) Makanan Segera dan Rapu
Cuba buka TV anda, iklan apakah yang paling banyak dimainkan? Adakah iklan "makanlah masakan ibu?", atau iklan "makanlah makanan sihat"? Hakikatnya iklan TV dihujani dengan Twisties, Coca-Cola dan sebagainya; tak lain tak bukan makanan rapu yang tiada nilai nutrisi. Dan kanak-kanak pula dikaitkan dengan makanan ringan seperti gula-gula, coklat dan sebagainya.
Hakikatnya, makanan yang pada asalnya sihat telah ditukar kepada:

- Makanan segera
- Makanan sejuk-beku
- Makanan berlemak, dan
- Makanan tipu!
Comments