Kek Pisang Gebu

Saya suka masak kek, apa sahaja jenis kek. Saya suka mencuba resepi-resepi baru, suka juga mengubahsuai resepi kek menggunakan bahan sedia ada.  Contohnya kek pisang, banyak resepi yang saya dah cuba, tapi masih belum berpuas hati sepenuhnya.  Saya inginkan kek pisang yang gebu teksturnya, wangi, tidak terlalu padat, tidak terlalu manis, moist dan yang penting sekali rasanya sedap.

Alhamdulillah saya sangat berpuas hati dengan hasil eksperimen kali ini.  Ok, saya akan kongsikan resepi yang saya sudah olah ni.

Kek Pisang Gebu
oleh : umi of dapuraulad

Bahan-bahan:
3 biji pisang berangan - dilenyek
2 c tepung naik sendiri
1 c gula halus
1/2 c susu segar
1/2 c minyak jagung
4 biji telur
1 st ovalet
1 st esen pisang

Cara membuatnya:
1. Putar semua bahan kecuali pisang dan minyak jagung.
2. Putar dengan kelajuan tinggi selama 5 minit
3. Kaup balikkan pisang, minyak ke dalam adunan
4. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 9 inci
5. Boleh juga taburkan hirisan badam sebagai hiasan atau coklat urai.
6. Bakar selama 25 minit dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

Comments