Demam atau selsema | Hikmah di sebaliknya

Minggu lepas saya demam, setelah hampir dua tahun tak alami demam. Syukur kerana Allah menguji saya dengan ujian yang Allah tahu saya mampu hadapinya. Hikmah di sebalik demam atau penyakit yang Allah timpakan ini sebenarnya badan kita membina dan menguatkan sistem pertahanannya agar lebih bersedia untuk serangan berikutnya. Bukan semua orang dapat demam kan? Firaun contohnya tak pernah kena selsema mahupun demam.  Bila kita diuji itu tandanya Allah ingat pada kita, Allah sayang pada kita maka dikurniakan sakit ini sebagai ujian untuk menguatkan lagi badan kita. Tapi sayaratnya kita mestilah sabar dan redha, banyakkan mengingati Allah dan beristighfar selalu. Kerana kita yakin bahawa setiap musibah atau bencana yang berlaku itu semua dengan izin Allah jua. Jadi pohonlah kesabaran dan kekuatan moga kita kuat menghadapi ujian dariNya.

Jom kita baca apa rahsia di sebalik demam dan selsema!

kredit
Rahsia di balik demam dan selesema... Hehehe.. bunyinya misteri tapi tak semisteri bunyinya :)

Badan kita mengalami proses pembinaan imuniti.. sepanjang hidup. Ini kerana terdapat lebih dari 200 jenis virus penyebab selesema... dan tubuh kita membina imuniti setiap kali terkena salah satu dari virus tersebut. Setiap kali terkena jangkita virus, badan kita bertindak melawan virus itu dan membina kekebalan untuk serangan virus yang sama akan datang. Akibatnya kita akan demam.



Jadi tidak hairan bila anak2 sering demam dan selesema, mungkin setiap bulan.

Secara teknikalnya, selesema biasa adalah jangkitan pada bahagian salur pernafasan yang melibatkan tekak, hidung, sinus dan tiub bronkial. Apabila berhadapan dengan jangkitan virus, hidung dan tekak menghasilkan sejenis bahan kimia untuk membina imuniti. Sel-sel yang terlibat menghasilkan prostaglandins, yang merangsang keradangan dan sel darah putih.

Kemudian, suhu badan akan meningkat untuk mempercepatkan respon sistem imuniti, dan hingus menjadi banyak untuk memerangkap dan membuang partikel2 virus.

Jangkitan demam selesema pula mungkin mengakibatkan ketidakselesaan pada anggota badan yang lain, seperti demam panas, sakit sendi, kelesuan dan sebagainya.

Apabila kita atau anak demam dan selesema ringan, antibiotik bukan penyelesaiannya, kecuali bila sudah terkena jangkitan bakteria. Virus tidak boleh dibunuh oleh antibiotik. Apabila demam begini, tubuh kita memerlukan bantuan untuk menguatkan imuniti.

Apakah bentuk bantuan yang tubuh kita perlukan semasa demam?

Vitamin A - menyembuhkan membran yang mengalami keradangan dan menguatkan imuniti. Dos 15,000-25,000 IU sehari.

Vitamin C -Melawan virus dan mengurangkan inflamasi. Kajian sejak 1970 menunjukkan vitamin C mengurangkan ketidakselesaan dan memendekkan jangkamasa demam. Dos 1000 mg sehari.

Zinc - booster kepada sistem imuniti dan membantu melawan sesetengah virus.

Garlic - menguatkan imuniti dan membantu melawa virus.

Kebanyakan demam ringan tidak perlu rawatan doktor, memadai dengan pengambilan langkah menguatkan imuniti badan, banyak minum dan rehat. Namun jika demam berpanjangan dan terdapat simptom lain, cepat2lah ke klinik ya.

Comments