Sunday, April 8, 2012

  Cheezy cupcake

Sudah lama saya tak buat cupcake berkeju ni, rasanya sudah lebih 6 bulan yang lalu.

Resepi ni hasil eksperimen sendiri, saja nak menghabiskan keju yang berlambak dalam fridge.
Jom cuba!

Cheezy cupcake
oleh: umi of dapuraulad
Bahan-bahan:
90g mentega berkualiti tinggi
70g gula halus
110g tepung naik sendiri
1sb susu tepung
1 biji telur gred A
1/2 st esen vanila
1/2 c parutan cheddar cheese
50ml air
saya guna cheddar cheese yang ini
Cara membuatnya:
1. Putar mentega dan gula hingga hancur
2. Masukkan telur, putar lagi
3. Masukkan susu tepung, tepung dan air secara berselang seli
4. Masukkan cheddar cheese, gaul sebati
5. Tuang adunan 3/4 penuh acuan
6. Boleh juga taburkan sedikit parutan cheese tadi ke atas adunan sebagai topping
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan. Bakar selama 25 min atau sehingga kek masak.

gebu...!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com