Rawat anak yang muntah dan cirit birit

Cemas juga minggu lepas bila si kecil Imran ni muntah-muntah. Sedang elok dia main melompat-lompat dengan abang-abang, tiba-tiba termuntah!  Saya beranggapan mungkin sebab perut dia dah penuh sangat maklumlah baru lepas menyusu. Lagipun kalau baru lepas menyusu terus melompat-lompat, memang tak pelik boleh termuntah.
Lepas bersihkan dia dan tukar baju Imran minta air. Dia ni tak 'ada suara' , hanya pandai tunjuk aje nak minum air. Sebaik sahaja lepas minum terus dia muntah semula. Wahh.. ini sudah lebih! Waktu tu saya agak panik kerana terfikirkan Imran mungkin sakit perut atau keracunan makanan.  Perkara kedua yang bermain di fikiran saya waktu tu ialah rotavirus.  Terus periksa suhu badan, syukurlah dia tak demam. Ohh.. kembung perut agaknya anakku ni, insyaAllah bukan rotavirus!

Apa itu rotavirus? Rotavirus mudah berjangkit melalui sentuhan, titisan najis, makanan tercemar , air yang tercemar dan titisan pernafasan.  Jangkitan ini biasanya bermula dengan demam, cirit birit dan muntah - muntah. Kesan dari cirit birit yang teruk akan menyebabkan dehidrasi dikalangan kanak - kanak kecil dan jika tidak dirawat boleh mengancam nyawa.

Selepas dua kali muntah, Imran memang terjelepuk lesu. Pucat warna bibirnya, dia diam aje tak meragam. Cuma nampak sangat dia tak bermaya, kasihan anakku huhu...

Saya ke dapur bancuhkan air Performance Drink, mudah-mudah Imran mahu minum. Awalnya dia tolak air ni, tak selera nak minum agaknya. Kemudian saya titikkan sedikit ke atas bibirnya. Syukurlah dia mahu minum.  Sekurang-kurangnya air PD ini dapat bantu gantikan garam mineral dan air yang hilang dari tubuhnya akibat muntah tadi.

Keesokannya Imran dah tak muntah-muntah lagi, cuma dia alami cirit birit pula. Saya tetap bekalkan dia air PD di samping menyusukan badan sepenuhnya. 2 hari ini Imran langsung tak mahu makan, dia hanya menyusu dan minum air PD sahaja.  Kata doktor badannya sedang alamai proses pemulihan, it's normal jika dia tak mahu makan. Yang penting dia masih menyusu badan, insyaAllah dia akan cepat sembuh.

pucat je muka dia..

Comments