Bahaya minuman ringan | Fakta yang menakutkan!

Kebanyakan anak remaja hari ini gemar mengambil minuman ringan.  Kajian menunjukkan mereka yang banyak minum minuman ringan ini akan mengeluarkan sejumlah besar kalsium, magnesium dan galian mineral lain melalui air kencing.  Lebih banyak kehilangan galian bermakna lebih tinggi risiko untuk mengidap osteoporosis, osteoartritis, hipotiroidisme, penyakit koronari arteri, tekanan darah tinggi dan penyakit lain yang dikaitkan dengan penuaan lebih awal.

Apa yang terkandung dalam minuman ringan?
Purata minuman ringan mengandungi 35-45 kalori bagi setiap 100ml dan ia dalam bentuk kalori kosong.  Kebanyakan minuman ringan ini mengandungi sedikit natrium. Yang pasti setiap minuman ringan ini kaya dengan bahan pewarna antaranya:
  •  Tartrazine (yang memberikan warna oren kekuningan) telah diharamkan di Norway dan Finland. Bahan ini boleh menyebabkan alahan seperti ruam kulit, bengkak, hidung berair dan mata merah.
  •  Sunset Yellow juga berkemungkinan agen penyebab kanser, ia telah diharamkan di Norway, Sweden dan Finland.
  •  Carmoisine (yang memberikan warna merah) didakwa boleh menyebabkan kanser, kesan alahan dan keracunan makanan.  Ia juga diharamkan di Amerika Syarikat dan Kanada.
  •  Brilliant Blue berkemungkinan karsinogen dan boleh menyebabkan kerosakan kromosom serta kesan alahan.  Bahan ini telah diharamkan di kebanyakan negera maju termasuk Suruhanjaya Ekonomi Eropah, Norway, Sweden dan Finland.
Selain daripada itu, terdapat juga agen pengelmusi, agen pemantap dan agen pemekat untuk mmastikan kandungannya tersebar dengn merata.  Jika tidak, lemak minyak dari kulit oren yang digunakan dalam minuman tadi akan berketul dan membentuk lingkaran di sekeliling leher botol.  malah bahan yang digunakan ini iaitu propilena glikol kadangkala digunakan untuk mencegah pembekuan pada kenderaan dan sebagai pelarut minyak. Yuckk! Terasa ngeri bila terkenangkan bahan-bahan sebegini yang digunakan/dimasukkan dalam minuman ringan yang sering kita minum tu.

Apa pilihan yang kita ada? Sebaiknya kita minum air kosong, atau boleh cuba buat sirap sendiri. Contoh yang praktikal adalah dengan cara mengisar buah-buahan untuk dijadikan jus. Ada banyak pilihan seperti buah nenas, epal, roselle, jambu, belimbing, tembikai, lobak merah dan macam-macam lagi. Boleh juga dibuat smoothies!  InsyaAllah lebih sedap, sihat dan bersih. 
tabur serbuk milo

hilangkan dahaga, tenaga segera!

Katakan TIDAK kepada minuman ringan!

Comments