Tuesday, February 28, 2012

  Wanita lebih cepat menjadi tua!

5 sebab kenapa wanita lebih cepat menjadi tua :
1. Wanita punyai kelebihan tertentu yang tiada pada lelaki. Hanya wanita dianugerahkan Allah kebolehan untuk mengandung, menyusu anak, haid dan menopause. Jadi wanita akan kehilangan lebih banyak nutrien seperti kalsium melalui proses-proses atau kitaran ini.

2. Wanita tidak suka membazir. Setiap kali anak-anak tidak dapat menghabiskan makanan di pnggannya, siapa yang akan bantu habiskan makanan tersebut? Ibu kan, jarang ayah sudi nak makan sisa makanan anak. Disebabkan sifat tidak sukakan pembaziran inilah menyebabkan ibu-ibu mengalami keadaan 'terlebih muatan' dan sering juga menggelar dirinya 'majlis perbandaran'.

3. Wanita tidak suka membuang masa. Kadang kita mengambil masa yang agak lama mengadap sepinggan nasi, terutama kaum lelaki; mereka boleh duduk berjam-jam di kedai makan semata-mata menghabiskan sepiring roti canai.  Tetapi tidak bagi ibu-ibu, selalunya ibu-ibu akan makan dengan pantas kerana di dalam kepalanya penuh dengan pelbagai rencana kerja, kerja rumah, masalah anak-anak dan pelbagai lagi yang sedang difikirkan. Oleh itu wanita tak suka membazirkan masa semata-mata mengadap makanan, masa luang yang ada lebih baik digunakan untuk aktiviti yang lebih berfaedah seperti 'window shopping' dan seumpamanya. Hasilnya wanita tidak dapat menikmati makanan yang dimakan, makanan tidak dikunyah dan dihadamkan dengan betul.  Dia hanya memenuhi rasa lapar tanpa mendapat khasiat dari makanan yang dimakan. Kan Nabi saw pesan supaya kunyah sebanyak 40 kali baru telan!

4. Wanita kurang sabar. Pantang ada gangguan samada rengekan si anak minta susu atau apa sahaja, si ibu pantas bertindak bagi mententeramkan si anak.  Berbanding dengan si ayah yang masih sabar menarik selimut, pekakkan telinga dan sambung tidur walaupun anak menangis minta susu. Alasannya, ini tugas si ibu. Disebabkan si ibu kurang sabar, terus dia bangun dari tidur bagi memastikan anaknya dalam keadaan selesa. Akibatnya wanita tadi kurang rehat, kurang tidur.

5. Wanita sangat teliti dan pemikir! Sekecil-kecil perkara pun akan ditelitinya, nak buat majlis kena fikirkan tema, warna alas meja, gubahan bunga dan sebagainya. jarang lelaki ambil pusing perkara remeh temeh begini.  Akibatnya wanita lebih terdedah kepada 'stress'.

Bagaimana nak atasi masalah ini? Tak dapat disangkal bahawa wanita memang istimewa dengan kelebihan yang Allah kurniakan, wanita kurang sabar, tidak suka membazir makanan, tidak suka membazir masa serta sangat teliti. Jadi tidak mustahillah wanita lebih cepat menjadi tua dengan faktor-faktor tadi.

Oleh itu kita kena usahakan sesuatu supaya pemakanan kita dapat membantu mengurangkan risiko ini. Antara vitamin yang mesti diambil oleh setiap wanita ialah :

B complex
kurangkan stress, lebih bertenaga dan ceria!

Ostematrix
jaga kesihatan tulang anda!

GLA





stabilkan hormon, kurangkan period pain, kulit lebih cantik
ESP


sihat bertenaga, kulit makin berseri!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




2 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com