Vitamin B Complex

Ada yang kata makan vitamin B complex boleh menggemukkan? Ya, jika anda ambil vitamin tersebut sebelum makan kerana ia membantu penghuraian karbohidrat kepada glukosa dan tenaga. Kekurangan unsur B1 (salah satu komponen dalam vitamin B complex) akan menyebabkan gula dan karbohidrat ini hanya tersimpan di dalam badan, jika dibiarkan keadaan ini berterusan ia boleh menyebabkan berat badan bertambah dan masalah kegemukan.

Jadi, sebaiknya ambil vitamin B complex ini selepas makan ye.  Jom kita kenali komponen-komponen dalam vitamin B complex!

kredit
Thiamin digunakan untuk metabolisma tenaga. Thiamin memberi bau kurang enak pada vitamin B.

Riboflavin juga terlibat dalam metabolisme tenaga. Roboflavin memberikan warna kuning pada urine.

Niasin adalah sebahagian daripada ko-enzim yang digunakan pada metabolisme tenaga.

Asid Pantothenic juga co-enzim yang mempunyai peranan dalam metabolisme tenaga.

Pyrodoxine membantu asid amino dan untuk metabolisme asid lemak serta pembentukan sel darah merah.

Biotin pula terlibnat ko-enzim dalam metabolisme tenaga, lemak, pembentukan glikogen dan metabolisme asid amino.

Folat/asid folik mempunyai peranan penting dalam pembentukan sel baru. Oleh itu tidak hairan folat/asid folik penting untuk ibu hamil dan menyusu.

Cobalamin, yang memainkan peranan dalam pembentukan sel baru, sel saraf dan membantu untuk memecahkan asid amino dan asid lemak.

Vitamin B Complex yang terbaik adalah yang mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B. Vitamin B adalah larut air dan tidak disimpan di dalam badan. Jadi untuk anda yang sering keletihan, B complex adalah saranan terbaik untuk anda.

Dari maklumat nutrisi yang saya baca, unsur cobalamin sangat penting untuk bantu kita supaya tidak nyanyuk, elakkan kecelaruan fikiran.

Comments