Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca dapuraulad. Untuk ke sekian kalinya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ' Selamat Tahun Baru Masehi 2012', moga dengan kedatangan tahun baru ini kita akan lebih bersemangat, lebih bersungguh-sungguh untuk meneruskan segala yang baik serta meninggalkan segala yang buruk sepanjang tahun 2011 yang telah lepas.
Sempena tahun baru ini juga saya akan membuat beberapa perubahan ke atas blog saya ini. Perubahan ini mengambilkira beberapa maklumbalas dan komen yang disuarakan oleh anda pembaca yang saya hormati. Ada yang kata dapuraulad dah semakin kurang cerita resepi, kurang cerita tentang anak-anak. Malah saya juga baru perasan yang ada juga pembaca non-muslim yang follow blog saya ini. Kadang terlupa atau tersasar juga bila menulis di blog, maklumlah saya selalunya tidak membuat sebarang draf, hanya tulis apa yang terlintas di fikiran. Memang agak kurang cerita anak-anak, resepi dan tips sejak 2-3 bulan kebelakangan ini, banyak cerita Shaklee aje kan? Hahaha..sebenarnya itu minat baru saya sekarang ini, untuk berkongsi dengan anda semua beberapa tips kesihatan keluarga. Sejak saya dan keluarga mengamalkan pengambilan vitamin semulajadi Shaklee, memang terasa perbezaannya. Saya sangat berpuashati dengan Shaklee. Kegembiraan itulah yang ingin saya kongsikan kepada anda semua.
Apa azam baru tahun ni? Kenapa perlu ada azam baru di setiap awal tahun baru?
Mungkin ada juga pembaca yang timbulkan persoalan macam ni. Semacam satu kewajipan pula tahun baru dengan azam baru. kalau awal Muharram pula dikaitkan dengan peristiwa hijrah, seolah-olah Rasulullah s.a.w memulakan perjalan hijrah pada awal Muharram. Sebenarnya peristiwa hijrah tiada kaitan dengan bulan Muharram, tahun baru tak diwajibkan mesti ada azam baru. Tapi apa salahnya kita mengambil sempena bulan pertama , awal tahun untuk memulakan niat baru, keazaman baru agar kita lebih fokus dan mudah membuat perancangan untuk tahun tersebut? Tak salah bukan?
Ada juga yang tanya; sepatutnya kita sambut ulang tahun kelahiran ikut bulan Islam (Hijrah) atau ikut bulan Masehi? Jawapannya, boleh sambut mana-mana sebab kedua-duanya diiktiraf dalam Islam. Bulan Masehi mengikut peredaran matahari, manakala bulan Hijrah mengikut peredaran bulan; kedua-duanya makhluk ciptaan Allah belaka.
Balik ke persoalan asal; apa azam tahun baru anda? Saya yakin tentu anda memilih yang baik-baik saja kan? Semoga kita dapat menjayakan azam baru kita dengan lebih bersungguh-sungguh, tanpa alasan dan tanpa tangguh. Kita berhak membuat seribu satu dalih kerana kitalah pemerintah kepada diri sendiri. Cuma, jadilah pemerintah diri yang adil kerana kelak kita akan ditanya di hadapan Allah.
Moga kita semua lebih sihat, lebih bertenaga dan lebih berjaya pada tahun 2012 ini. Jagalah kesihatan diri kerana ia sangat berharga tak dapat diganti oleh wang ringgit. Bak kata orang bijaksana " jika kita tiada masa untuk menjaga kesihatan diri sendiri, pasti kita tiada masa untuk mengubat diri yang sakit nanti".
Dapatkan vitamin semulajadi lebih sihat tanpa kesan sampingan, istimewa untuk pembaca dapuraulad!

Comments