Pisang raja

Sesi mari mengenal nama pisang. Kali ini saya nak kongsikan gambar pisang raja, antara pisang yang sangat popular dan digemari ramai, sedap dibuat pisang goreng, boleh juga dimakan begitu sahaja.

 Jumpa resepi bancuhan pisang goreng di blog hairul ni, jom kita cuba!

Bancuhan pisang goreng
oleh : umi of dapuraulad
Bahan:
2 c tepung beras
1 c tepung gandum
5 sb santan pekat (guna santan kotak)
1/2 sb serbuk penaik
1/2 sk serbuk kunyit (jika suka)
1 telur
2 sb marjerin - cairkan
1/2 st garam
air secukupnya

Cara membuatnya:
1. Sebatikan semua bahan kecuali marjerin. Adunan mesti pekat.
2. Bila semua bahan telah sebati, masukkan marjerin cair tadi.
3. Celupkan pisang yang telah dipotong ke dalam bancuhan ini. Goreng dengan minyak panas.
4. Bancuhan ini juga boleh digunakan untuk menggoreng cemdawan, roti, cempedak dan lain-lain.


Terasa macam istimewa sungguh makan pisang goreng diraja ni hihi...
bancuhan dari hotel tu!

sedap, rangup.

Comments