Saturday, January 7, 2012

  Pakej 3 hari 2 malam

Cuti terakhir tahun 2011 kami pulang ke kampung. Kali ini balik selama 3 hari 2 malam. Kebetulan ada banyak buah durian dan rambutan sekarang ni di kampung.  Dapatlah merasa kait buat rambutan sendiri, pengalaman baru untuk anak-anak ni. Maklumlah kalau di bandar hanya beli buah rambutan yang dijual di gerai buah, kali ini mereka petik sendiri di pokok sekitar rumah atuk.


kopek durian guna alat kopek kelapa ni!
terbaik..!
Kami buat lawatan sambil belajar ke ladang kelapa sawit atuk. Seronok naik jip, melompat-lompat ikut jalan tak berturap ni adush..! Nenek pesan baca doa banyak-banyak nak naik jip atuk ni!
Nenek pesan baca doa banyak-banyak nak naik jip atuk ni!

inilah pokok kelapa sawit ye anak-anak!
 Dah penat meninjau ladang, kami singgah untuk mandi-manda pula. Budak-budak lelaki je yang suka sangat mandi sungai, yang perempuan penakut!

InsyaAllah nanti kita datang ke sini lagi.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com