Tuesday, December 6, 2011

  Syukur ekzema Imran dah berkurang

Assalamualaikum buat semua pembaca dapuraulad. Moga hari ini lebih baik dari hari semalam. Umi rasa sangat gembira dan bersyukur pagi ni walaupun dalam kelam kabut menguruskan anak-anak di rumah, maklumlah cuti sekolah semua anak ada di rumah.  Gembira kerana hari ini 6 Dis 2011 Imran genap setahun (menurut kiraan tahun Masihi). Gembira kerana Imran sihat, ceria dan kulitnya sangat mulus sekarang, tak ada ruam, bisul dan tanda-tanda ekzema lagi. Syukur ya Allah!
waktu usia 3 bulan

Sejak Imran kecil dia memang ada ekzema, malah kebanyakan anak-anak umi ada ekzema samada banyak atau sikit aje. Tapi Imran ni agak heavy ekzemanya, kadang dia menggaru sampai berdarah kulit.  Lebih sadis lagi bila nak tidur, matanya dah terpejam tapi tangannya tak berhenti menggaru. Umi usahakan jumpa doktor, pakar kulit dan sebagainya. Kebanyakan mereka sarankan supaya sapu krim, sentiasa pastikan kulitnya tidak kering, jaga kebersihan kukunya, persekitarannya, mandikan dengan mandian yang sesuai dan sebagainya.  Namun semua itu tak berhasil. ekzemanya hilang sekejap, kemudian datang balik. Menurut doktor ekzema ni memang tiada ubat khusus, kita cuma usaha untuk kurangkan kegatalannya. Ia akan hilang sendiri nanti bila anak semakin besar dan antibodinya meningkat.  Masalahnya umi tak tahan sedih tengok Imran menggaru-garu ni, kadang sampai berdarah kulitnya. Pedih kulitnya tu sama pedih dengan hati umi yang melihatkan keadaannya.
dah licin kulitnya sekarang



Syukurlah sejak menggunakan Herbal Cream dan mandikan Imran dengan Basic H2 ni kulit Imran sudah licin, mulus tiada ruam-ruam lagi.  Di samping itu umi sendiri mengambil ESP, vitamin C dan B-Complex. Memang nampak ketara perubahannya.

Umi hanya masukkan beberapa titik Basic H2 dalam air mandian Imran, kemudian sapukan Herbal Cream secara nipis sahaja ke kulit Imran setiap kali lepas mandi.

Nanti umi kongsikan pula cara umi merawat ekzema kakak Syakirah. Dia suka minum mealshake yang dicampurkan ke dalam susu minumannya.

Ehh..lupa nak cerita tentang harijadi Imran. Next entry la ye!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com