Kata orang pakaian mencerminkan akhlak seseorang. Malah pakaian juga dapat melambangkan keperibadian dan keintelektualan seseorang. Setujukah anda dengan pernyataan tersebut? Dalam surah al-Ahzab ayat 33 Allah berfirman yang bermaksud:
"... dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku seperti orang-orang Jahiliyyah yang terdahulu..."
Melalui pakaian juga kita boleh membezakan orang yang betul-betul memahami tuntutan agama atau hanya sekadar terikut orang atau budaya. Dengan berpakaian yang benar-benar menutup aurat serta menjaga kehormatan diri, dapat gambarkan bahawa individu ini pat kita yang betul-betul menjiwai dan mengamalkan ajaran Islam. Maklumlah, iman dalam hati hanya Allah yang tahu. Sekurang-kurangnya akhlak yang terpamer melalui pakaian dapat memberikan gambaran luaran keadaan iman seseorang.
Rasulullah SAW bersabda: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?”. Nabi saw menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”."
(HR Muslim)
Dalam satu hadis lain:
"Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum, dia tergolong dalam kaum tersebut."
(HR Ahmad dan Abu Daud)
Teringat lirik lagu lama (zaman 90an dulu), menarik sekali!

Amalan zahir disebut syariat
amalan batin dinamakan hakikat
bila keduanya dijalinkan
akan nampaklah tanda-tandanya...
“Entri ini ditulis untuk cabaran #5 iPad MySuperKid yang direviu oleh [nama & hyperlink blog juri] dan ditaja oleh Bling Boutique”
Comments