Kem IKRAM Junior - hari ke-2

Sambungan entry lepas.
Masih cerita perkhemahan aulad pada 10-11 Disember 2011 di TUDM.

Malam tadi selepas solat Maghrib dan tazkirah kami ada sesi bercerita. Umi ceritakan kisah perlumbaan arnab dan kura-kura, bukan versi yang biasa anak-anak dengar tapi versi arnab dan kura-kura bekerjasama untuk memenangi perlumbaan.  Ada selingan tayangan gambar motivasi dan seumpamanya.  Kemudian ada persembahan kumpulan pula.  Macam-macam aksi anak-anak ni...

Kemudian kami ber'bbq', tak dapat snap gambar, gelap... kebetulan malam tu ada gerhana bulan. Jadi dapatlah anak-anak peluang melihat gerhana bulan penuh di atas puncak bukit, indahnya ciptaan Allah!

Keesokan paginya ada pertandingan kawad. Latihan kawad dikendalikan dengan tunjukajar oleh 'abang askar'.
 Pertandingan untuk memilih siapa yang paling cekap dan peka mendengar arahan kawad.
dah pening dengar arahan kawad??

7 buah khemah semuanya

terima kasih abang askar!
 Lepas kawad kami bawa anak-anak pusing keliling kem TUDM melihat kawasan padang lapangan terbang tentera, helikopter, tempat rekreasi dan sebagainya. Luas juga kawasan kem ini. Pelawat luar tidak dibenarkan masuk, kecuali dengan kebenaran.
 Lepas balik lawatan, anak-anak akan melukis kembali pemandangan yang mereka lihat tadi. Wahh ada macam-macam 'peta' yang dilukis! 
 Ada yang bentuk 'google maps'
 Ada juga yang macam 'ular kena palu'!
Seronok kem kali ni, insyaAllah nanti kita ke sini lagi!

Comments