Antara aktiviti waktu cuti sekolah umi buat kelas masak-masak untuk anak usia 8-12 tahun, tapi ada juga kawan-kawan kakak Syaima' umur 13 tahun yang berminat nak ikut serta. Selain daripada mengisi masa lapang, boleh juga buat 'kerahan tenaga' anak-anak di rumah ni untuk buat stok frozen food hihi..
Kali ini kami buat samosa. Inti daging dan kentang. Susah juga nak ajar Azzam yang tangan kidal ni, lain yang umi tunjuk lain pulak yang dia buat. Terpusing-pusing tangannya nak ikut cara umi. Akhirnya umi biar dia kreatif sendiri macamana nak lipat samosa ni supaya jadi bentuk 3 segi.
|
bahagikan kepada 3 bahagian |
|
ambil 2 helai, bentukkan kon dan letak inti |
|
lipat menjadi 3 segi |
|
yang senget benget tu Azzam yang buat |
|
dah siap goreng |
Satu peket kulit popiah (readymade) boleh dapat 60 biji samosa saiz ini. Sebahagian kami goreng makan ramai-ramai, sebahagian lain simpan buat stok frozen food. Untuk simpan frozen, jangan goreng dulu ye. Boleh terus simpan dalam bekas yang sesuai ke dalam freezer.
Bila sudah siap digoreng, boleh makan begitu saja atau pun dicicah dengan sos cili Thai. Mmm..memang sedap buat minum petang ni!
Comments
Tak pernah lagi buat samosa ni, lebih kurang macam popia gorengkan intinya? ada masa nanti nak try buat, lapar pulak tengok samosa :)
www.yanmieonline.com