Genap 1 tahun...

6 Disember baru ni Imran genap setahun. Bermakna umi telah melengkapkan penyusuan Imran selama 1 tahun, susu ibu sepenuhnya. Syukur alhamdulillah Ya Allah!

macam dah dewasa!
 Biasanya anak-anak request kek harijadi. Imran dah tentu tak pandai nak minta apa-apa, jadi umi buat kek untuk Ammar aje kebetulan harijadi Ammar sehari sebelum Imran.  Untuk Imran, umi suapkan dia nasi Arab, beli di D' Arab Cafe seksyen 7 Shah Alam.  Memang sedap nasi ni, makan nasi begitu sahaja pun sedap!

Imran makan nasi aje
 Keesokan paginya Imran bangun pagi dengan bengkak di mata kanannya. Kata Syifa' mata Imran jadi macam mata Naufal. Umi tak faham maksud kata-kata Syifa' tu awalnya. Bila umi tengok mata Imran, baru perasan yang matanya sepet sebelah. Ohh maksudnya sepet macam mata Naufal!
Hmm..rindu Naufal. Harijadi Naufal 12 Disember, ibu Naufal masak apa agaknya?

kesian dia...

Comments