Monday, December 5, 2011

  Ammar yang ceria

Hari ini 5 Disember 2011 genap umur Ammar 8 tahun Masihi.  Januari akan datang Ammar akan masuk darjah 3, walaupun dia sebenarnya baru saja menginjak usia 8 tahun.  Itulah keistimewaan anak yang lahir hujung tahun, selalu jadi antara yang paling bongsu dalam kelas.  Tambahan Ammar ni saiz badannya agak kecil berbanding kawan-kawan kelasnya.  Tapi sungguhpun berbadan kecil, dia agak lasak jadi jarang dibuli oleh kawan-kawan lain.

Umi teringat waktu Ammar kali pertama menjejak kaki ke alam persekolahan, dia antara yang terkecil dalam kelasnya.  Asalnya dia berada dalam kelas 1 At-Tarmizi, masuk minggu ke 3 muallimah pindahkan dia ke kelas 1 Aisyah.  Biasanya anak murid yang dipindahkan kelas ni bermasalah samada suka membuli kawan, suka buat bising dan seumpamanya.  Tapi Ammar sebaiknya, kata muallimah dia dipindahkan supaya lebih senang diawasi kerana dia tak duduk diam dalam kelas.  Umi tanya muallimah, adakah sebab Ammar selalu buat bising dan menimbulkan kekecohan di kelas?  Kata muallimah bukan sebab tu, tapi sebab Ammar ni kecil saiznya, sekejap aje dia hilang dari pandangan muallimah. Seminit dia duduk di depan kelas, dua minit kemudian dia dah hilang ke belakang kelas. Jadi bila dipindahkan ke kelas yang agak kurang ramai ahlinya, lebih mudah dia dipantau.

Kami semua senang dengan sikap Ammar, dia anak yang baik dan rajin membantu.  Pantang disuruh, secepat kilat dia buat apa sahaja yang umi suruh.  Kadang tak sempat umi  nak explain dengan lengkap, sedar-sedar dia dah siapkan semuanya.  Kalau umi cakap:' Ammar nanti angkat kain di ampaian ....' belum habis ayat lagi sudah siap satu bakul kain baju diangkatnya, termasuk yang belum kering sepenuhnya! Adushh...itulah masalah Ammar, pantas sangat tak sempat umi pesan 'angkat yang dah kering sahaja' huhu...terpaksalah umi minta dia tolong sidaikan semula kain baju yang belum kering tu.
kawan baik dengan Faisal

Ammar ada satu kebolehan yang sangat istimewa, tiada pada adik beradik yang lain iaitu 'mengubah lirik lagu' (bukan menggubah lagu ye).  Kalau dia suka satu lagu, dia akan nyanyi berulang kali dengan lirik buatannya sendiri.  Walau ditegur lirik yang betul, dia tetap dengan senikatanya yang tersendiri tu.  Contoh lirik lagu "Alam Barzakh" dendangan Far East ditukar menjadi 'nisan batu menjadi kutu' instead of 'nisan batu menjadi tugu'!
macam kembar pulak!

Hmm.. Ammar, Ammar! masih dengan hobinya mengubah lirik lagu!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




2 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com