Lala Masa Taucu

Antara hidangan makanan laut yang paling ringkas dan cepat disediakan.  Masa penyediaan dan memasak pun tak lama; sambil tunggu nasi masak, dah boleh siapkan satu hidangan lauk.
Jom kita semak resepi yang mudah ni, umi guna kaedah 'campak-campak aje' hihi..

Lala masak taucu
oleh : umi of dapuraulad

Bahan_bahan:
Lala secukupnya - dibersih dan toskan
1 sb taucu 
2 batang serai -diketuk
2 ulas bawang putih - diketuk
5-6 tangkai cili padi - dihiris, boleh tambah ikut kepedasan
sedikit garam
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
1.  Panaskan minyak dalam kuali (umi guna wok)
2.  Tumis bawang putih dan taucu biar naik bau. Kadang bila kehabisan taucu, umi gantikan dengan sos tiram sahaja.
3.  Masukkan serai, cili padi dan garam
4.  Masukkan lala yang telah dibersihkan tadi
5.  Kacau sebentar, lala akan terbuka kulitnya bila sudah masak.
6.  Angkat dan hidangkan.  Mudah kan?

Comments