Musim rumah terbuka sambutan hari raya sudah berakhir, bertukar pula jadi majlis meraikan bakal-bakal haji. Hmm.. banyak sungguh majlis makan-makan kat Malaysia ni ye?
Ahad lepas selesai majlis meraikan bakal haji, kami meraikan 'birthday girl' dan 'birthday man' pula, makan-makan lagi!
Kali ini nenek's treat untuk kakak Syaima' dan abi (21 Sept dan 30 Sept). Syaima' yang beriya sngat nak makan steamboat, jadi nenek cadangkan kami cuba Jom Priok di Giant Hypermarket Kelana Jaya. Kedai ini di tingkat bawah Giant, tak de masalah untuk parking, persekitaran kedai makan ini pun agak strategik.
Rezeki kami dapat ruang makan istimewa (biasanya kena caj RM60 untuk bilik tertutup begini) iaitu ruangan tertutup yang dikhususkan untuk majlis tertentu yang perlu ditempah terlebih dahulu.
Anak-anaklah yang paling seronok, bukan nak makan sangat tapi main yang lebih!
Buffet steamboat di sini sangat berpatutan, hanya RM23.90 untuk seorang dewasa dan RM10.90 kanak-kanak 10 tahun dan ke bawah. Jadi Hakim, Inas dan Syaima' dikira sebagai dewasa. Menu steamboat dengan pelbagai pilihan makanan laut, termasuk bubur nasi (ni Imran punya), aiskrim pelbagai perisa, serta nasi goreng berserta ayam goreng percuma untuk anak-anak. Kami juga tempah minuman air sirap dan air teh limau dalam pitcher hanya RM15.90, murah kan?
Kali ni kami makan steamboat guna chopstiks, terkial-kial juga nak menyepit udang tu huhu.. Syifa lagi kreatif; dia cucuk aje makanan tu dengan chopstiks dan makan dengan nyaman je nyum nyum!
Lain kali boleh ke sini lagi!

bubur utk Imran, aiskrim dan popiah tu umi punya! |
ada mee, nasi goreng dan sayuran semua |
ni siput buluh, bila dah masak buluh akan terbuka sendiri |
pernah makan siput belitong? |

Comments