Tuesday, October 25, 2011

  Ikan patin masak tempoyak

Kali ini umi nak masak menu kampung pula, kebetulan ada tempoyak fresh yang nenek buat tempohari.  Memang sedap tempoyak segar ni, masih ada bau durian lagi.  Yang ni special tak ada jual di kedai sebab nenek buat sendiri tanpa bahan pengawet.

Resepi ini yang paling ringkas, paling mudah, paling sikit bahan diperlukan tapi yang paling digemari anak-anak (dan abi juga!).  Jadi kalau umi tak sempat nak fikir menu apa untuk hidangan makan malam, mesti umi masak menu ni, syaratnya mesti ada ikan yang sesuai lah ye.  Boleh juga gunakan ikan sembilang, ikan keli dan ikan-ikan sungai yang lain.  Ikan patin pun ada banyak jenis, yang sedap mestilah yang dibiak dalam sungai kan?

Ok, tak mau banyak cerita lagi, jom kita masak!


Ikan patin masak tempoyak
oleh umi of dapuraulad.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin - bersihkan dan kerat 4
3 sb tempoyak
cili padi -ikut kepedasan yang dikehendaki (umi guna 6 biji shj)
2 keping asam keping
air untuk kuah secukupnya (anggaran 1- 11/2 cawan)
garam secukup rasa
daun kesum

Cara membuatnya:
1.  Tumbuk lumat cili bersama tempoyak
2.  Masukkan ikan, asam keping, bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk. Asam keping ini sebenarnya untuk menghilangkan bau hanyir ikan tadi, juga mengurangkan rasa manis tempoyak fresh tu. Kalau tempoyak yang sudah cukup masam, tak perlu tambah asa keping.
3.  Masukkan air secukupnya, kalau nampak pekat baru tambah air.
4.  Masak di atas api sederhana besar sehingga ikan masak, kacau sekali sekala
5.  Tambah garam secukup rasa, masukkan daun kesum.
6. Tutup api, angkat periuk dan hidangkan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




5 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com