Friday, September 16, 2011

  Masih dalam mood raya

Assalamualaikum buat pengunjung semua, masih dalam bulan Syawal kan? Jadi umi ambil kesempatan ini nak ucapkan selamat hari raya buat semua, tahniah buat anda yang sudah berjaya melengkapkan ibadah puasa sunat Syawal, dugaan sungguh nak puasa sunat walaupun hanya 6 hari di kala orang lain sibuk beraya huhu...

Sempena musim perayaan begini banyak juga yang menempah kek dan blueberry cheesetart dari dapuraulad.  Untuk kek, kali ini umi gunakan loyang saiz 4 segi pula, lebih senang nak menghias kek.

Antara kek yang paling banyak mendapat sambutan ialah kek coklat lembap (chocolate moist cake) dan kek merah baldu (red velvet cake).
Jamuan PPSS

Dr Fakariah and daughter

Sambutan Hari Raya IKRAM
 Hujung minggu ni jadual ziarah penuh, ada majlis hari raya, kenduri kahwin, majlis kesyukuran bakal haji dan ada juga buat majlis untuk anak yang sambung belajar luar negara.  Memang padat. Tapi tempahan pun laju juga masuk, ohh I'm mid-nite baker hehe...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




2 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com