Sunday, September 18, 2011

  Masih berhari raya - buat biskut raya pusingan kedua

Raya kali ini umi memang awal-awal lagi berniat tak nak beli biskut raya, sebab tak nak ulangi pembaziran seperti tahun-tahun sebelum ini.  Alhamdulillah berjaya mencapai target.  Tapi 2 jenis biskut ini memang tak boleh tidak, mesti nak kena ada stok sentiasa; tart nenas dan biskut 'chipsmore'.

Oleh kerana umi dah berazam tak nak buat biskut, awal-awal lagi Azzam dan Ammar berjanji nak buat sendiri biskut (dah tentu dengan pengawasan umi lah kan?).

Umi dah siapkan adunan tart nenas.  Resepi ambil dari kak jee, memang sedap resepi ni dan sesuai dengan selera penggemar tart nenas nombor 1 di rumah ni.

Azzam uli doh, Faisal letakkan inti. Mana gambar Faisal ni?

Ammar letakkan silang pada tart

syukurlah, merasa juga tart nenas raya ni...
Nak resepi? Untuk rujukan maksu eni, senang je nak buat ni tak perlu peralatan canggih pun hehe..
Tart nenas
salin dari dapur kak jee (minta izin ye kak jee)
BAHAN2NYA:
150 gm tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
secubit garam
1½ sudu besar gula icing
100 gms butter (pure unsalted butter dipotong dadu)
1 kuning telor
air sejuk (berais)

JEM NENAS:
250gm nenas yg telah disagat
150 gm gula pasir
1 sudu besar jus lemon
cara membuatnya:
masak nenas sampai agak2 pekat baru bubuh gula...masak lagi sampai pekat. kalau suka boleh buh tepung jagung sikit.

CARA MEMBUAT PASTRI:
Ayak tepung, tepung jagung,garam dan gula ising ke dalam mangkuk besar. Masukkan butter, ramas perlahan2 guna hujung jari (rub in method). Bila dah berderai, masukkan kuning telor dan uli. Kalau perlu, bubuh sedikit air sejuk hingga menjadi doh. Rehatkan doh kira-kira  25 minit. Turap kira-kira suku inci dan gunakan acuan tart. Cepit guna penyepit keliling doh itu dan letakkan kira2 satu sudu jam nenas. Bakar 10 hingga 15 minit, kepanasan 180 c.
-umi tunjukkan cara buat tart ini guna acuan lonjong, tak guna sepit pun. Hanya terapkan acuan, letak inti dan letakkan silang 2 pada tart.  Sekali tunjuk aje Azzam dah boleh buat sendiri.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




2 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com