Cabaran bulan ke 9

Imran sudah melepasi bulan kesembilan hooray! Alhamdulillah syukur Ya Allah atas kurniaanMu.  9 bulan dapat menyusu badan sepenuhnya merupakan milestone ke-2 yang umi target bagi menjayakan 2 tahun penyusuan badan untuk Imran.

Sempena Imran berjaya melepasi cabaran kali ini, kakak-kakak nak nyanyikan lagu 'Katak kembung' untuk Imran.  Maaf ye maksu Eni, tak dapat nak videokan aksi mereka, tiap kali halakan video semua 'pelakon' jadi kaku dan malu-malu gitu... InsyaAllah akan cuba lagi lain kali ye.

Jom kita nyanyi sama-sama...!

Kembung katak kembung katak kembung katak kempis
kempis...
(buat aksi katak melompat sambil kembungkan pipi)
Kempis katak kempis katak kempis katak kembung
kembung...
(kemudian tukar pula aksi katak kempis)
 Imran memang suka mengekek bila tengok aksi kakak sambil menyanyikan lagu ni.
dah pandai panjat tangga sampai ke atas

sapa panggil saya?



Comments