Wednesday, August 10, 2011

  Sahur makan pancake, boleh?

Ada ke orang nak makan pancake untuk sahur?  Kalau dah tak selera nak makan nasi awal pagi macam ni, apa kata kita cuba pancake pula.  Cepat disedia, sedap dan mengenyangkan juga.  Jom kita cuba!

Resepi hentam saja, dah banyak kali buat cuma baru kali ini nak letak resepi untuk rujukan akan datang.  Mak su eni kalau tak sempat nak prepare untuk sahur, makan pancake macam ni pun sedap tau!

Pancake gebu
oleh : umi of dapuraulad

Bahan:
3/4c tepung naik sendiri
1/2 st serbuk penaik

1 telur
1/2c susu segar
3 sb gula pasir
1sb mayonis
1/4 c minyak jagung (boleh juga guna mentega dicairkan)


Cara membuatnya:
1.  Sebatikan semua bahan.  Umi masukkan semuanya ke pengisar dan kisar biar rata.
2.  Panaskan kuali tak melekat.  Gris sedikit marjerin. Pastikan api perlahan.
3.  Ambil 1/3 cawan adunan tadi dan tutup kuali tadi dengan penutup periuk supaya pancake masak rata
4.  Bila dah masak, pindahkan ke kuali yang lebih besar supaya dapat jimat masa masak pancake yang lain pula dalam kuali tadi.
5.  Hidangkan segera.  Enak dimakan panas-panas.

Makan cicah susu pekat manis pun sedap, serius!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com