Wednesday, August 3, 2011

  Latih anak berpuasa

Assalamualaikum buat semua pengunjung yang budiman.  Sudah masuk hari ketiga Ramadhan hari ini. Pejam celik pejam celik dah 3 hari, cepat sungguh masa berlalu.  Moga Ramadhan kali ini tidak kita sia-siakan.  Andainya Ramadhan terdahulu kita agak lagha dan leka dengan urusan duniawi, marilah kita perbaharui tekad untuk menjadikan Ramadhan kali ini sungguh berbeza, sungguh bermakna buat kita.  Kurangkan masa berbual kosong, off kan TV, banyakkan membaca dan tadabbur al-Quran, banyakkan sedekah  serta amalan sunat yang lain.

Ramadhan kali ini juga membuka lembaran sejarah baru buat Faisal kerana tahun ini dia berumur 6 tahun, jadi baru belajar untuk berpuasa penuh.  Tahun lepas dia cuma berjaya puasa sekerat hari dan juga puasa makan (tak makan cuma minum susu sahaja).  Syifa' dan Syakirah belum umi galakkan berpuasa, cuma mereka diajar adab-adab puasa supaya mereka sama-sama merasai bulan ibadah ini dengan menghormati orang-orang yang berpuasa. Tak boleh minum atau makan depan orang puasa (terutama abang Faisal kerana dia sangat terliur walaupun adiknya hanya minum air kosong depan dia).

Umi akan pastikan Faisal bangun sahur walaupun kadang agak lewat sahurnya.  Pagi tadi pun dia sahur pukul 7 pagi.  Yang penting dia berusaha untuk berpuasa. Ibu-ibu kadang agak 'high expectation' dalam bab mengajar anak berpuasa.  Umi fikir tindakan kita tu agak keterlaluan, maklumlah anak yang baru belajar puasa begini memang akan ada gagal dan jatuh bangun sebelum dia pandai menahan rasa lapar.  Kalau anak dah sampai nak menangis minta air, apa salahnya kita bagi dia minum, lepas minum tu dia puasa balik semula.  Tak mengapa asalkan dia ada usaha nak puasa, jangan kita terlalu mendesak supaya dia puasa sempurna macam orang dewasa.  Mungkin ada anak orang lain sebaya umur anak kita yang mampu berpuasa sempurna, namun kita tak boleh jadikan itu sebagai kayu ukuran supaya anak kita juga mampu buat begitu.  Bertolak ansurlah dengan anak, mudah-mudahan dia akan mudah faham dan rasa seronok berpuasa.


Menu sahur anak-anak mesti ada Performance Drink ini, mereka panggil air 'power' hehe..  Alhamdulillah kami semua minum air ini waktu sahur dan masih bertenaga sehingga petang.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




2 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com