Hidangan berbuka yang ringkas dan sedap

Assalamualaikum semua.  Sudah masuk 12 Ramadhan hari ini.  Sudah hampir separuh bulan Ramadhan kita lalui, cepat sungguh masa berlalu.  Elok juga kita imbas balik amalan-amalan yang telah kita lakukan sepanjang 12 hari Ramadhan, bagaimana bacaan Al-Quran kita, terawikh, sedekah dan sebagainya.  Moga belum terlewat untuk kita lipat gandakan amalan-amalan ini kerana kita yakin bahawa Allah memberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda hanya pada bulan mulia ini.

Umi nak kongsikan quote yang umi dapat di FB tadi (tq Dr Fauziah): Moga jadi iktibar agar kita tidak sia-siakan masa yang ada.
" Yesterday is HISTORY ( learn from it ), Tomorrow is MYSTERY ( plan for it ),
Today is the GIFT ( make the best of it ), that's why it's called PRESENT "
Hidangan berbuka di rumah kami ringkas sahaja.  Anak-anak dan abi berbuka di surau. Biasanya mereka hanya akan balik selepas terawikh, kadang kala dilanjutkan sehingga lepas tadarrus di surau (hujung minggu).  Sekitar 11 malam baru balik anak-anak ni, masing-masing dah tak kesah nak makan di rumah sebab sudah kenyang berbuka dan moreh di surau.  Jadi umi hanya sediakan juadah ringkas berbuka untuk umi sahaja bersama kakak berdua tu, kak teh dan kak chik belum berpuasa lagi.  Lepas solat maghrib baru umi makan malam yang agak berat seperti nasi dan seumpamanya.
Antara hidangan ringkas yang umi suka ialah cendol, makan bersama air gula merah dan santan masak.

umi kisar ais dan tambahkan dalam cendol

Boleh cuba buat sendiri cendol ni, umi guna resepi dari MyR sumbangan kakbesah.  Kalau tak sempat nak buat cendol, boleh juga beli yang siap pek ada jual di pasaraya.  Kemudian masakkan air bersama gula melaka, juga sediakan santan masak bersama sedikit garam.  Hidangkan cendol tadi bersama air gula dan santan.  Boleh tambah beberapa ketul ais jika suka.

Ohh ada yang terliur ye tengok gambar cendol waktu puasa macam ni? ok la kita tengok muka orang tak puasa pula ye...

saya tak puasa hihi...

Comments