Bulan kedua makanan pejal Imran

Bulan ini masuk bulan kedua umi bagi Imran makan makanan pejal selain makanan rujinya iaitu susu ibu.  Umi beri Imran makan bubur nasi bersama puri jagung.
Sekarang ni umi lebih suka beri Growell, mudah disedia dan yang penting Imran suka sangat!

2-3 sudu makan sudah memadai untuk sekali hidang
Makanan bayi Growell ini seperti bubur nasi, diperbuat daripada beras melukut.  Produk ini keluaran EraEdar, boleh didapati di Farmasi Heal n Care Seksyen 7 Shah Alam.

Bubur ini mudah sahaja disediakan, cuma bancuh dengan air mendidih.  Tapi umi lebih suka masakkan di atas api perlahan dan kacau sehingga ia pekat.  Boleh juga tambah bahan-bahan lain seperti puri jagung, puri lobak merah dan puri labu manis.  Setakat yang umi dah cuba, Imran paling suka bubur nasi ini bersama puri jagung.

2 ketul puri ini untuk setiap hidangan
Inilah dia puri jagung kegemaran Imran.  Umi hanya ambil isi jagung manis, rebus kemudian kisar biar lumat.  Kemudian tuang ke bekas ais (icebox) dan biarkan dalam freezer hingga beku.  Boleh buat berbagai jenis puri lagi seperti puri lobak merah, brokoli dan sebagainya mengikut selera anak. 

Setiap kali umi masakkan bubur untuk Imran, umi hanya pilih puri yang telah dibekukan tadi untuk dicampurkan ke dalam buburnya.  Jadi Imran dapat makan pelbagai jenis bubur nasi dengan perisa yang berbeza setiap minggu. Mudah bukan!

Comments