Kek untuk perantau yang pulang...

Hari ini 13 Julai maksu eni pulang bercuti ke tanahair selama sebulan.  Seronoknya sebab sudah hampir setahun sejak maksu merantau ke Czech, baru kali ni dapat peluang bercuti.  Alhamdulillah kami tumpang gembira bila dapat tahu maksu eni dah lulus exam tempohari, memang perit pengalaman belajar di perantauan terutama di bumi yang minoriti Muslim ini.

Sempena hari istimewa ini umi buatkan kek untuk maksu eni.  Umi namakan kek ini Strawberry yogurt cheesecake.  Resepi istimewa umi reka sendiri ni tau!

Strawberry yogurt cheesecake
sumber: umi of dapuraulad

Bahan-bahan:
200g biskut (apa-apa biskut cream cracker) -Hancurkan biskut sehingga lumat.
1/2 c mentega
1/3 c gula perang
300g cream cheese
1 c gula aising
2 sb gelatin halal
1/2 c air panas mendidih
11/2 c whipping cream
150g yogurt perisa strawberry
sedikit pewarna merah jambu dan pes strawberry

jadi 3 lapisan

Cara membuatnya:
1.  Sebatikan biskut, gula perang dan mentega di atas api sederhana panas. Kacau sehingga mentega mencair.
2. Tekan adunan biskut ke atas loyang springform saiz 8" sehingga padat.  Sejukkan sebentar dalam peti sejuk
3.  Larutkan gelatin bersama air panas sehingga sebati.  Sejukkan sebentar.
4.  Putarkan cream cheese bersama gula aising sehingga lembut.
5.  Masukkan larutan gelatin tadi.
6.  Masukkan whipping cream dan yogurt.  Putar laju sehingga adunan menjadi agak kental.
7.  Bahagikan adunan cream ini kepada 2, satu bahagian ditambah pewarna merah jambu dan pes strawberry dan satu bahagian lagi dibiarkan plain.
8.  Ratakan adunan plain ke atas lapisan biskut.  Sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
9.  Ratakan adunan strawberry ke atas adunan tadi.  Sejukkan kek di dalam peti sejuk semalaman sebelum dihidangkan.

nampak tak cebisan strawberry?
Alhamdulillah sangat sedap kek ini (tested by maksu eni dan cik pi), cik Ida jangan jealous ye!

Comments

bopandot said…
ayarkk...bhn2 lain ade..tp whipping cream je takde. yennadeyyy...
ape substitute yg sesuai utk ganti whipping cream? heavy cream can ka??
Nor said…
ida: boleh je. selalu umi guna non-diary whipping cream lagi cepat kental. kalu takde, heavy cream pun ok. try la, report hntr sini.