Kek Pisang atau roti pisang?

Sejak Imran mula makan buah sebagai makan pejal pertama ni, umi beli banyak buah-buahan terutama pisang.  Bimbang juga kalau pisang ni cepat sangat ranum, jadi umi simpan dalam peti sejuk. Selepas hari ke-5 masih ada baki pisang. Abang kakak semua tak mahu makan pisang yang disimpan dalam fridge ini sebab warna kulit pisang dah bertukar jadi gelap dan lebam walhal isinya masih elok lagi..  Kesian kat pisang-pisang ni, tak siapa sudi nak makan lagi..

Jom kita tukarkan pisang-pisang ini kepada sesuatu yang lebih menyelerakan, contohnya kek pisang atau roti pisang!

Umi jumpa resepi ini dari pensyarah Fakulti Perhotelan UiTM Pulau Pinang. Nampak ringkas sangat cara penyediaannya.  Kata Azli resepi ni roti pisang ala ala kek, teksturnya tak segebu kek.  Resepi asal dari anak muridnya Mazlina.  Nak tengok resepi asal boleh jenguk  dapur azli.

Minta izin umi salin semula di sini untuk rujukan akan datang.

Roti Pisang ala ala Kek
dari :dapur azli
oleh : umi of dapuraulad

Bahan-bahan
5 Biji (500gm) pisang montel-Lenyekkan - umi guna pisang emas 10 biji
1/3 cawan/ 75gm/80ml mentega cair (biarkan sejuk sebentar) - umi guna minyak jagung
3/4-1 cawan gula kaster
1 biji telur
1 sudu teh vanilla esen
1 sudu teh baking soda
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara membuat
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 175 darjah celsius
  2. Dengan menggunakan mixer atau sudu kayu bancuh pisang dan gula sehingga sebati dan gelap.
  3. Kemudian masukkan telur dan vanilla dan kacau sebati.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan dalam acuan pembakar 4 segi yang bersaiz 4x8 inci yang telah dilengserkan dengan mentega.
  6. Bakar selama 45 minit-1 jam. Uji kemasakan dengan mencucuk dengan lidi pencucuk kek. Jika tidak melekat boleh keluarkan dan sedia untuk hidangan.
Umi guna loyang 9" jadi dapat roti yang agak nipis. Rasa roti ala kek pisang ni memang sedap.  Lain kali boleh buat lagi.

Comments