Hidangan lengkap yang paling digemari

Laksa johor merupakan antara menu kegemaran umi.  

letak sikit sambal untuk lebih 'kaw'
Resepi ini umi dapat hasil belajar dari nenek abi, iaitu moyang kakak Syaima'.  Laksa johor moyang ni sangat masyhur dan terbukti kesedapannya, maklumlah moyang sejak muda meniaga laksa ini.
Hidangan ini lengkap dengan segala nutrien yang diperlukan, kuah ikan, ada sayur-sayuran dan protein. Juga sesuai dihidangkan samada untuk sarapan pagi, makan tengahari malah umi juga hidang untuk makan malam.  Agak renyah menyediakannya, tapi hasilnya memang cukup berbaloi.  Serius.
Jom semak resepi, janji lepas ni kena try ye!

Laksa Johor
Bahan-bahan:
1 peket spageti - rebus biar lembut dan toskan
Kuah:
1kg ikan kembung
1 ekor ikan parang
3 labu bawang besar
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 inci halia tua
1/2 inci lengkuas
125g serbuk kari ikan (umi guna kari ikan Baba's) - bancuh dengan sedikit air
1 plastik santan -beli di pasar
asam keping
1/2 tongkol gula melaka
1 ikat serai - dlm 5-6 batang
kerisik
sedikit belacan dibakar sedikit -jika suka
gula dan garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis.

Ramuan tambahan:
Secekak daun selasih
secekak daun kesum - racik kedua-dua daun ini
timun - kupas kulit, kupas membulat dan dihiris nipis
tauge
limau nipis - belah 2
bawang besar - hiris bulat
sambal belacan

Cara membuatnya:
1.  Bersihkan ikan, rebus dan ambil isinya. Kisar isi ikan ini bersama belacan (jika digunakan) dan ketepikan dulu.
2.  Mayang bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, serai dan lengkuas serta serai.  Kisar semua bahan ini biar halus.
3.  Panaskan minyak masak ke dalam periuk yang sesuai.  Tumiskan serbuk kari biar naik minyak.
4.  Masukkan bahan kisar iaitu bawang, serai dan halia tadi.  Kacau biar wangi.
5.  Apabila kuah tadi mula menggelegak, masukkan santan, kacau lagi biar sebati.
6.  Masukkan isi ikan yang dikisar, kerisik, asam keping.
7.  Biar kuah agak pekat.  Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
8.  Tutup api.  Angkat dan hidangkan.

Cara menghidangnya mudah saja, ambil secekak spageti tadi masukkan ke pinggan yang sesuai. Curahkan kuah dan ulam-ulaman tadi beserta sedikit sambal belacan jika suka. Kalau kakak Syakirah cukup dengan sedikit kuah dan tauge saja, sayur lain semua dia kutip buang.

Antara hidangan untuk jamuan hari raya ni!

Comments

puanbee said…
salam umi , laksa johor guna spageti ? erm baru tahu ni!
Nor said…
Puanbee: salam puan bee, ya mmg betul tu. jemput la cuba, resepi warisan ni.
Unknown said…
sedap nye laksa... salam umi, kita satu group dlm kumpulan C dlm cabaran #1 Ipad MySuperkid la... sekali dgn puanbee...
juanita said…
alahaiiiii lameeenyer x malam laksaa..:D
Unknown said…
sedapnya laksa johor..nieza pernah mkn tapi tak pernah buat lagi..harus dicuba ni.
bopandot said…
saya..saya taknak cuba..tapi nk makan je. raya ni buat byk2 yer umi. hahaha ;)