Buahtangan dari Czech

Banyak buah tangan yang maksu eni bawa dari Czech, ada coklat, t-shirt, baju, teh berperisa, kek, biskut, batu kristal dan macam-macam lagi.  Yang paling banyak dan senang dibawa untuk hadiah adalah fridge magnet dan key-chain.  Kata maksu, makanan rugi orang-orang Czech ni kebanyakan berasaskan tepung seperti roti dan seumpamanya.  Yang wajib ada dalam setiap hidangan mereka adalah 'pork and beer'.  Jadi memang agak 'sakit' nak merasa makan daging halal di sana.  Hinggakan maksu kata sejak duduk di Czech tak pernah sekalipun mereka beli dan makan daging.  Ikan segar juga susah nak cari, kalau ada pun sangat mahal dan kebanyakan diimport dari luar kerana bumi Czech jauh dari lautan.

Umi nak kongsikan di sini beberapa 'benda pelik' (kata cik wa) yang tak ditemui di Malaysia.  Antaranya:

macam-macam perisa, ada perisa karamel!

juga kek madu ni, nampak macam 'so sweet' tapi tak manis sangat dan sedap lemak berkrim!
macam kek lapis, sangat gebu


yang ini perisa coklat, ada juga perisa walnut

Comments

kek tu ada jugak yang perisa honey. sedap. kek tu memang glamer dekat sana kak! :)
Nor said…
miSs inTerpReted : salam. sama study kat sana ke? Yup, mmg sedap kek ni. tak pernah jumpa lagi seumpamanya kat sini.
anymz said…
amboi banyak nya buah tangan,.eh umi jadi ke PD ke minggu ni?..akak sebenarnya dah terkonpius.akak letak no umi dlm hp pastu skang dah ada dua umi dlm hp akak tu..tak tau yg mana satu umi punya.

tapi nanti2 akak cuba calling2 ya.minggu ni akak takde lah umi.akak ke Putrajaya.sepupu akak kawin anak..:(
Nor said…
kak anim: aisey..terlepas peluang nak jumpa novelis hihi..takpe lah kak, takde rezeki kita nak jumpa. insyaAllah ada peluang lain nanti kita jumpa
cik wa said…
wahhhh... nmpk gayanye org yg mengoder ni xdpt pape lah nnt.. x sempat nk merasa cmni.. kak yah kena simpan sikit..