Dek kerana tergoda melihatkan pizza di dapur kak
NoorMasri yang sungguh menawan itu, balik rumah Khamis semalam terus kerjakan pizza ni. Gigih sungguh umi nak buat ni, sampai terlupa nak buatkan kek Hakim yang menyambut ulangtahun ke 11 pada 29 Mac lepas. Janji (janji mulut sebelum masuk tidur) kalau sempat umi buatkan kek untuk Hakim pada hari Khamis, tapi dah bertukar menu jadi pizza pulak. Hakim, kali ni umi buat pizza je la ye? Ala ...pizza je ke umi?(kata Hakim). Syukurlah ada juga pizza untuk Hakim, daripada takde langsung kan? Tapi kesian pulak nak tolak permintaan anak teruna sulung yang rajin tolong umi sidai kain baju di ampaian ni, jadi umi buat janji lain untuk buatkan kek hujung minggu nanti. Idea? belum fikir lagi kek apa, ..tengok la nanti macamana.
Tapi umi tak buat Hawaian Chicken macam tu, umi guna ini:
|
hiris nipis memanjang | | | | | | |
|
|
Resepi doh pizza
di sini.
|
close-up sikit (biar mak su eni terliur hehe..) |
Comments
Norul mas hana: mmg kegemaran anak2, setiap kali buat pizza anak2 akan join sekali, diaorang ingat umi ajak main masak2 hehe..
kakchik: tiada yg lebih istimewa dari hasil tangan sendiri,maklumlah mereka sendiri yg buat, walau tak sesempurna mana pun tetap jadi istimewa. terima kasih atas doa kakchik.
Azlina: terima kasih atas doa akak. anak2 akak mesti lagi terer bab masak memasak ni, maknya kan chef!