Pizza sempena Hakim 11 tahun

Dek kerana tergoda melihatkan pizza di dapur kak NoorMasri yang sungguh menawan itu, balik rumah Khamis semalam terus kerjakan pizza ni.  Gigih sungguh umi nak buat ni, sampai terlupa nak buatkan kek Hakim yang menyambut ulangtahun ke 11 pada 29 Mac lepas.  Janji (janji mulut sebelum masuk tidur) kalau sempat umi buatkan kek untuk Hakim pada hari Khamis, tapi dah bertukar menu jadi pizza pulak.  Hakim, kali ni umi buat pizza je la ye? Ala ...pizza  je ke umi?(kata Hakim). Syukurlah ada juga pizza untuk Hakim, daripada takde langsung kan?  Tapi kesian pulak nak tolak permintaan anak teruna sulung yang rajin tolong umi sidai kain baju di ampaian ni, jadi umi buat janji lain untuk buatkan kek hujung minggu nanti.  Idea? belum fikir lagi kek apa, ..tengok la nanti macamana.

Tapi umi tak buat Hawaian Chicken macam tu, umi guna ini: 
hiris nipis memanjang      

Resepi doh pizza di sini.

close-up sikit (biar mak su eni terliur hehe..)

Comments

anymz said…
kasih ibu kan umi.berkorban apa saja..penat macam mana pun tetap melayan selera anak2..:)
sedapnyer pizza...yummy...anak2 saya suka ni... =)
Unknown said…
assalamualaikum umi. happy belated b'day utk hakim. seronoknya dapat makan pizza hasil tangan sendiri.
AZLINA said…
Assalamualaikum Umi,kalau pizza di rumah akak ni memang tak pernah jemu, tp mama depa ni yg malas sikit laa..Happy Belated Birthday buat Hakim yea..sedapnye dpt mkn pizza tu, lagi sedap dr yg beli punya nie...
Nor said…
kak anymz: betul tu kak, setuju sangat dgn kak anim.

Norul mas hana: mmg kegemaran anak2, setiap kali buat pizza anak2 akan join sekali, diaorang ingat umi ajak main masak2 hehe..

kakchik: tiada yg lebih istimewa dari hasil tangan sendiri,maklumlah mereka sendiri yg buat, walau tak sesempurna mana pun tetap jadi istimewa. terima kasih atas doa kakchik.

Azlina: terima kasih atas doa akak. anak2 akak mesti lagi terer bab masak memasak ni, maknya kan chef!
Unknown said…
happy belated birthday buat Hakim semoga menjadi anak baik...hmmm sedapnya pizza..baru jer buat utk kwn2 dtng mkn kat umah tak sempat nk posingkan pizza tu pun..
bopandot said…
peh..cheesyynyaaaa...