Sunday, March 13, 2011

  Talapia Tiga Rasa

Atuk di kampung ada membiakkan ikan talapia dalam kolam di tepi rumahnya.  Setiap kali pulang bercuti di kampung, anak-anak tak lepaskan peluang memancing ikan di kolam atuk ni.  Selain daripada ikan talapia yang memang dibiakkan dalam kolam tu, ada juga ikan-ikan lain seperti ikan keli, haruan, sepat dan beberapa jenis lagi (umi tak kenal sangat jenis ikan ni) yang datang menumpang masuk ke kolam ini (mungkin masuk ketika musim banjir tempohari).  Malangnya bila dah penat menggali tanah cari cacing, berpeluh tunggu pancing ikan, alih-alih ikan tu dilepaskan begitu sahaja ke dalam kolam semula.  Umi ingatkan nak bakar ikan hasil memancing anak-anak ni, akhirnya abi beli aje ikan talapia kat pasar untuk dimasak.  Kata mereka, tak sampai hati pulak nak makan ikan-ikan atuk ni.  Hm..macam-macam kerenah anak-anak ni!

Hasil 'pancingan' di pasar...
Resepi mudah saja.  tak sempat nak sukat bagai, main campak-campak je kali ni hehe..
1.  Siang ikan, lumur garam dan kunyit, goreng.  Ketepikan dulu.
2.  Bahan sos: Sebatikan sos tiram, sos cili dan sos tomato dalam anggaran 3sb setiapnya.
3.  Tumis bawang kecil, bawang putih.  Masukkan cili boh (ikut kepedasan yang disukai), kacau biar agak garing.
4.  Masukkan bawang besar pula.  Kacau sebentar. 
5.  Masukkan ketiga-tiga sos tadi.  Tambah sedikit air. Masukkan potongan timun. Masukkan gula anggaran 2sb. kacau rata.
6.  Pekatkan kuah dengan bancuhan 1/2sb tepung jagung.  Tutup api.
7.  Aturkan ikan dalam pinggan hidang.  Curahkan kuah ke atas ikan tadi.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




1 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com