Sweetball...donat mini

Jumpa resepi ini di dapur Maz Ilhamdapur, terus masuk dapur dan kerah kakak Syaima untuk tolong mengguli.  Bahannya pun ringkas sahaja, satu adunan ini umi dapat dalam 24 biji donat mini.  Jom semak bahan-bahannya!

Minta izin ye Maz nak salin di sini untuk rujukan akan datang.
Sweet Ball by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan
  • 1 3/4 cawan tepung serba guna (allpurpose flour) @ tepung gandum
  • 100ml air suam *
  • 2 sudu kecil yis kering - maz guna jenama mauripan *
  • 1 sudu besar gula *
  • 5 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar minyak sayur
  • 1/4 sudu kecil garam
  • gula halus seckupnya - untuk salut pada donat (umi guna gula aising + sedikit shj gula halus)
  • minyak masak secukupnya - untuk mengoreng

    Cara-cara

    1. Dalam mangkuk satukan bahan-bahan yang bertanda *. Biarkan seketika (2-3 minit), kemudian masukkan minyak sayur dan kacau sikit guna garfu.

    2. Satukan tepung, garam dan susu tepung. Masukkan sedikit-sedikit kedalam no 1 sambil dikacau guna garfu (kacau buat bulatan jam) sehingga adunan tadi bersatu (menjadi seketul) tapi tidak keras. Kemudian boleh la diuli dengan tangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat pada tangan (kalau lembik tambah tepung sikit-sikit je, sapu kat tangan gtuw).

    3. Tutup mangkuk dengan plastik wrap atau tuala dan biarkan selama 30-40 minit atau naik 1x ganda. Kemudian tumbuk-tumbuk sedikit doh yang telah naik tadi.

    4. Ambil doh dan bulat-bulatkan sebesar bola ping pong dan susun dalam loyang yang telah ditabur dengan sedikit tepung. Bulatkan sampai habis, kemudian tutup loyang dengan towel/plastik dan rehatkan lagi sekitar 10-15 minit.

    6. Panaskan minyak dalam kuali dan amik doh yang dibulat tadi, goreng hingga sedikit keperangan sambil simbah minyak panas ke atasnya (supaya ianya jadi kembang dan lembut). Angkat dan toskan dan golek-golek dalam guna halus. Buat sampai habis. Siap..


    tiru macam maz, cucuk kat lidi sate mcm ni..

    Hasilnya sangat memuaskan hati, lembut dan gebu.  Sangat digemari ramai hehe..

    tak toleh dah...yum yum..!

Comments

Unknown said…
wah sedapnya mkn donut...comel-comel jer donut akak ni..model donut tu pun comel gak...hehe
Cekgu Maz said…
salam ziarah..Kak Umi..saya dah buat da ikut resepi di sini memang jadi sangat...thanks sebab share dan mintak izin saya letak resepi akak di blog saya---->http://warisanbondaresepi.blogspot.com/2011/03/mini-ball-donutgua-berani-beb.html
AZLINA said…
Assalamualaikum Umi...donut mini camni mmg menjd pujaan hati ank2 kan! dh lama x buat donut ni, sedapnyee... :)
Nor said…
WarisanBonda: tahniah berjaya buat donat ni, mesti ahli rumah semua happy kan?silakan, apa yg baik elok kita kongsi.
Nor said…
nieza: model donat ni mmg gemar makan donat, tambah yg kecil2 bulat mcm ni.
Nor said…
Azlina:jom la buat donat kak, kita siapkan bahan2 je, biar anak2 kerjakan hehe..kerahan tenaga gitu!