Sudah lama umi mencari-cari resepi pulut serikaya ini. Ternampak di dapur citarasawan semalam, tak sabar-sabar nak cuba buat.
Menurut kak wan, resepi ini sepatutnya menggunakan telur itik supaya tekstur bahagian atas menjadi mantap. Jika menggunakan telur ayam, harus ditambah sedikit tepung gandum untuk mendapatkan tekstur yang serupa. Jom kita semak resepi, agak-agak bahan-bahan semua ada di dapur, apalagi..jom masak! (kerah anak-anak semua untuk ikut sekali membantu)
Umi salin resepi ini dari dapur kak wan, minta izin ye!
Lapisan Bawah
250gm beras pulut (rendam 2-3 jam)
150ml santan KARA
100ml air
1 sudu teh garam halus
1 helai daun pandan di simpul (umi tak letak pun, takde stok)
Lapisan Atas
120gm gula merah / gula melaka
50gm gula pasir
60ml air
200ml santan KARA
50gm tepung beras
5 biji telur - dipukul ringan (umi guna 3 biji telur itik)
1 sudu teh esen vanila
1/8 sudu teh garam halus
Loyang 7" atau 8"-umi guna loyang 4 segi 9"
Cara-cara :
1. Lapisan Bawah : Toskan pulut, gaul bersama santan dan garam. Masukkan daun pandan. Kukus selama 30 minit. Angkat, keluarkan daun pandan dan gaul pulut hingga rata. Kemudian masukkan dalam loyang lain yang telah dileser sedikit minyak atau di alas dengan plastik. Tekan hingga padat dan ratakan.
2. Lapisan Atas : Masak gula melaka, gula dan air hingga larut. Biarkan sejuk dahulu.
3. Satukan santan, tepung beras, esen vanila, garam dan telur, gaul hingga sebati, kemudian masukkan sirap gula melaka, gaul hingga rata dan tapis ke dalam periuk. Masak di atas api sederhana hingga naik wap sahaja.
4. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit atau hingga lapisan atas mengeras.
5. Sejukkan dahulu sebelum di potong.

Alhamdulillah memang sangat sedap kuih ni, sekejap aje dah habis kami makan. Lain kali boleh buat lagi guna resepi yang marvellous ni, terima kasih kak wan!
Comments