Pau lagi...resepi Bagus

Lagi resepi pau.  Sejak dua menjak (bahasa apa ni?)ni suka pula umi nak bereksperimen dengan resepi pau.  Setakat ini dah cuba 4 resepi pau yang berbeza.  Kali ini nak kongsikan resepi yang umi dapat dari dapur NoorMasri.  Katanya resepi ini dari Bagus Bakery.  Resepi ini memang sesuai kalau nak buat niaga pau, cuma proses membuatnya agak cerewet.  Lagi satu pesanan penaja, sila jangan 'derhaka resepi' untuk mendapatkan kualiti yang optimum, tapi umi ada buat sedikit pengubahsuaian.  Apapun jom kita lihat resepi ni dulu ye!

Minta izin ye NoorMasri, umi salin resepi di sini pula. Resepi asal sila klik sini.
PAU BAGUS

Sponge (A)

250g tepung pau
20g gula caster
11g yis kering
125g air

Bahan (B)

250g tepung pau
100g gula caster
15g Double Action baking powder -umi kurangkan kepada 2st shj
5 g garam
30g shortening - takde stok, umi ganti marjerin
125g air
Inti - ikut citarasa -> secukupnya -umi guna inti kacang merah, beli readymade di bakeri

Cara membuat:

Bahan A, campurkan semua bahan kering diikuti air kemudian uli sehingga sebati dan perap 1 jam.

Bahan B, dlm bekas lain campurkan bahan kering diikuti shortening dan akhir sekali air. Uli sehingga sebati dan rehatkan sekejap.

Selepas 1 jam doh A diperap, campurkan dgn bahan B dan uli sehingga licin lebih kurang 7 minit.

Perap 30 minit. Kemudian tumbukkan doh utk keluarkan angin dan timbangkan setiap bahagian seberat 50g. Masukkan inti dan biarkan naik selama 20 minit.

Kukus selama 7 -10 minit. Pastikan tudung pengukus dibalut kain supaya air wap tidak menitik ke atas pau. Enak dimakan panas2.

Tips:
Untuk mengukus pau, pastikan air di dalam pengukus sudah berwap ketika memasukkan loyang berisi pau.
Harus diingat bahawa pau mesti diletak dalam jarak lima hingga enam sentimeter setelah diisi dengan inti. Pau hendaklah dikukus sebaik sahaja ia kembang. Jika pau berinti yang sudah kembang dibiar terlalu lama pada suhu bilik, ia akan mengecut selepas dikukus.

memang sangat gebu pau ni, kualiti kedai!
boleh juga cicah sambal bilis

Comments

Anonymous said…
Wonderful items from you, man. I have bear in mind your stuff previous to and you're simply extremely fantastic. I actually like what you've
got right here, really like what you're stating and the way in which through which you assert it. You make it enjoyable and you continue to care for to stay it wise. I can not wait to read much more from you. That is actually a tremendous website.

my web page: Diät ohne Gluten
My web site > Was ist die gesunde und sehr einfache glutenfreie Ernährung