Friday, March 11, 2011

  Ikan tongkol Masak kicap

Resepi ikan ini umi jumpa di dapur HaSue yang tinggal di Sarawak tu.  Rajin sungguh dia masak, tiap hari ada saja resepi yang dipos ke blognya. Umi salin resepi tersebut kat sini untuk rujukan kakak Syaima', bila balik cuti nanti dia boleh cuba buat pula.

Resepi Asal:Makyong@myresipi.com
Diubahsuai: HaSue

Ikan Tongkol Goreng Kicap


Bahan-bahan ( - )

* Bahan untuk rebus
* 5 keping ikan tongkol (umi guna ikan tenggiri)
* 3 sudu makan asam jawa(yang masih berbiji)
* 2 cm halia atau lengkuas(hiris)
* 1 sudu teh garam
* sedikit manisan/gula melaka

* Bahan untuk goreng kicap
* 1 labu bawang besar-hiris
* 2 ulas bawang putih- hiris
* 5-10 cili padi- hiris(ikut tahap kepedasan)
* 1 tangkai cili merah dihiris memanjang sedikit
* 2 sudu besar(atau secukupnya) kicap
* 2 sudu besar(atau secukupnya) sos tiram

Cara-cara

1. Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak sikit air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng. (umi goreng ikan tenggiri ini )
2. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit.Goreng dalam 2-3 minit.
3. Masukkan ikan tongkol dan kacau perlahan,balik2kan supaya sekata bergaul dengan kuah kicap.
4. Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
5. Sedap dimakan ketika masih panas-panas

 Seksyen 7 Shah Alam hujan renyai-renyai sejak pagi tadi, cuaca sejuk-suram macam ni memang best dapat makan ikan masak kicap ini dengan nasi panas..!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com