Faisal yang prihatin

Sesekali kami keluar jaulah (dari perkatan Arab yang bermaksud bersiar-siar) kami akan singgah di R&R untuk rehat dan rawat.  Setiap kali singgah (isi minyak, tambah dan buang apa yang patut) abi akan tanya kalau anak-anak ada nak beli apa-apa jajan atau minuman untuk dimakan waktu dalam perjalanan nanti.  Masing-masing dah ada kehendak dan citarasa sendiri, jadi abi akan tanya satu-satu.  Skrip ini yang sering keluar:

Kakak : Kakak nak air 100 Plus
Hakim : Air gatorade warna purple
Ammar : Ammar pun gatorade warna kuning
Azzam : Air kotak je la..(qanaah sungguh anak abi ni!)
Faisal : Ical tak nak apa-apa, Ical tak nak bazirkan duit abi.
Syifa : gatorade purple
Syakirah : air korek (gatorade) - dia akan  ulang apa sahaja yang Syifa cakap


Sedih pula dengar ayat Faisal macam tu.  Selalunya abi pujuk juga dan belikan dia sesuatu.  Abi bagitau anak-anak kalau kita beli makanan yang bermanfaat, itu bukanlah membazir namanya.  Begitulah anak-anak.  Ada masanya kita perlu melayani dan memenuhi kehendak mereka selagi tidak bercanggah dengan kehendak Islam dan permintaan itu pula tidak keterlaluan.  Bukan mengajar mereka hidup mewah, tapi supaya mereka juga mudah untuk memenuhi arahan dan permintaan kita.  Selagi mana permintaan mereka tidak keterlaluan dan kita mampu penuhi, apa salahnya kita penuhi.  Betul tak?

Comments

bopandot said…
hahaha..
cakiah lawak.. 'air korek' .. korek korek korek..