Pernah dengar nama buah marjerin? Umi nampak deretan pokok yang ditanam di sekitar kawasan perumahan di Bukit Jelutong waktu ziarah kak Sakinah tempohari. Ternampak banyak buah yang bergayut di dahan pokok ni, sekali pandang ingatkan buah peach. Ish..tak kan kat Malaysia pun ada pokok peach?
Kenapa dipanggil marjerin ye? Tekstur dan rasa buah ni macam marjerin, sebab itu dipanggil buah marjerin (agaknya kalau umi kehabisan marjerin bolehlah kisar buah ni buat ganti marjerin ye).
Menurut kak Sakinah buah ini akan gugur sendiri bila sudah cukup masak dan berwarna kemerah-merahan. Kulitnya mempunyai bulu-bulu halus yang agak tajam, jadi kena berhati-hati nak pegang buah ni.

Comments